? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, August 28, 2009

Hilangnya Seorang Pemimpin Yang Berjasa Lagi Berwibawa.......




Tn. Haji Rafiei b Hj. Mustapha.... pengetua cemerlang . Beliau telah berkhidmat di SMK. Undang Rembau bermula pada tahun 2007 dan kini telah mengakhiri tugas beliau pada 31 Julai 2009 kerana ditukarkan ke Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor bermula 01 Ogos 2009.

Pengetua cemerlang yang sangat aku kagumi. Kehadiran beliau di sekolah ini banyak memberi input-input baru kepada sekolah. Seorang individu yang kaya dengan ilmu dan idea. Seorang pengetua yang mudah dibawa berbincang. Seorang pengetua yang bersemangat tinggi dan tidak pernah mengenali erti putus asa. Harapannya terlalu tinggi untuk meningkatkan prestasi sekolah sama ada dari segi akademik, disiplin dan sahsiah warga SMKUR.

Seorang pengetua yang sangat memberi komitmen di dalam pelbagai aktiviti sekolah. Bukan sahaja memberi sokongan, malah melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Sepanjang aku berkhidmat di SMK. Undang Rembau, tidak pernah lagi ku lihat seorang pengetua yang sentiasa melibatkan diri di dalam semua aktiviti sekolah , khususnya aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kepercayaan dan sokongan penuh yang diberikan oleh beliau terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling sangat aku hargai.

Setiap kali idea yang dilontarkan adalah merupakan satu pembelajaran baru buat diriku. Walaupun tugasku bertambah, hasil dari cadangan dan lontaran idea yang diberikan, namun aku tidak pernah merasakan ianya terlalu membebankan. Bagi ku, inilah masanya untuk aku menimba pengetahuan dan meningkatkan kecekapanku sebagai seorang kaunselor. Aku berasa seronok dan puas di dalam menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor.

Kehilangan beliau, sangat dirasai oleh semua warga SMK. Undang Rembau. Demi untuk kerjaya dan masa depan, Sek. Men. Sains Ulu Selangor adalah tempat yang sesuai untuk beliau di dalam merealisasikan segala harapan dan visi seorang pengetua cemerlang.

Selamat bertugas di tempat baru....... Semoga memperolehi kejayaan yang CEMERLANG....

0 comments: