? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, February 22, 2011

Program Perkongsian Pintar Bersama Ibubapa Pelajar KRK 2011



Pada 19 Feb 2011, Sabtu - UBK telah mengadakan program keibubapaan untuk pelajar KRK bertempat di dewan SMKUR. Tujuan program untuk memberi pendedahan tentang prestasi akademik pelajar KRK dan meningkatkan kerjasama serta komitment ibubapa di dalam membantu meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. Slot ceramah keibubapaan juga diadakan dengan tajuk: 'Ibubapa Cemerlang, Anak-anak Gemilang' yang disampaikan oleh Ustas Nor Azman b Mohamad, Imam Masjid Ampangan dan pendakwah bebas. Turut serta ialah En. Mak Seri b Karimin iaitu wakil Pegawai Pelajaran Daerah Rembau.

Majlis Persaraan Pn. Hjh. Noraini Mohd. Talib - Kaunselor SMKUR













Pada 18 hb Feb 2011, Majlis persaraan Pn. Hjh. Noraini telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Sekolah telah kehilangan seorang kaunselor yang sangat berdedikasi dan penuh rasa tanggungjawab terhadap tugas. Beliau telah menamatkan tugas beliau ketika berusia 56 tahun dan telah berkhidmat selama 34 tahun. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas jasa yang telah dicurahkan selama bertugas di SMK. Undang Rembau. Semoga kehidupan lebih bermakna dan bahagia...... "SELAMAT BERSARA, PN. NORAINI, JASAMU DIKENANG"

Sunday, February 20, 2011

Majlis Persaraan Pn. Khirulbariah bt Ayub



Pada 14 hb Feb 2011, satu majlis persaraan telah diadakan buat seorang guru yang telah banyak berjasa di SMKUR. Guru yang diraikan itu ialah Pn. Khirulbariah bt Ayub. Beliau telah berkhidmat sebagai pendidik selama 31 tahun. Seorang guru yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab. JASA MU TETAP DIKENANG - SEMOGA KEHIDUPAN LEBIH TENANG DAN DAMAI bersama-sama keluarga tercinta.....