? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 9, 2011

Kusus Peningkatan Profesionalisme Guru SMKUR 2011


Pada 25 Mei 2011 - Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru telah diadakan di sekolah pada jam 8.00 pagi - 1.00 petang. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan semangat motivasi , kerjasama dan mewujudkan budaya kerja cemerlang. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah jemputan iaitu Dato' Hj. Azam b Md. Atan, bekas Pengetua Cemerlang Jusa C SM Sains Rembau. Program yang menarik dan semoga ianya mencapai objektif. Terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat.


Saturday, April 2, 2011

Kem Kecemerlangan & Jati Diri Pelajar Asrama Putera Puteri SMKUR



































Pada 25 dan 26 Mac 2011 - UBK telah menganjurkan kem motivasi dan Jati Diri kepada semua pelajar asrama putera dan puteri sekolah bertempat di sekolah. Seramai 83 orang pelajar asrama telah menyertai kem ini. Kem ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri, menanamkan sifat jati diri dan meningkatkan semangat kerjasama antara peserta kursus. Kem ini telah dirasmikan oleh En. Adnan b Abd. Rahman (GPK Akademik) mewakili pengetua cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada semua ajk guru yang telah melibatkan diri. Semoga kem ini mencapai objektif seperti yang diharapkan.

Tuesday, February 22, 2011

Program Perkongsian Pintar Bersama Ibubapa Pelajar KRK 2011



Pada 19 Feb 2011, Sabtu - UBK telah mengadakan program keibubapaan untuk pelajar KRK bertempat di dewan SMKUR. Tujuan program untuk memberi pendedahan tentang prestasi akademik pelajar KRK dan meningkatkan kerjasama serta komitment ibubapa di dalam membantu meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. Slot ceramah keibubapaan juga diadakan dengan tajuk: 'Ibubapa Cemerlang, Anak-anak Gemilang' yang disampaikan oleh Ustas Nor Azman b Mohamad, Imam Masjid Ampangan dan pendakwah bebas. Turut serta ialah En. Mak Seri b Karimin iaitu wakil Pegawai Pelajaran Daerah Rembau.