Tuesday, February 22, 2011
Program Perkongsian Pintar Bersama Ibubapa Pelajar KRK 2011
Posted by ROZITA at 4:44 AM 0 comments
Labels: Program UBK
Thursday, January 13, 2011
Hari Anugerah Permata Gemilang SMKUR 2011
Pada 13 Jan 2011, pihak sekolah telah mengadakan majlis Anugerah Permata Gemilang. Program ini telah diadakan di Restoran Rembau Ria. Tujuan majlis ini untuk menghargai kejayaan pelajar PMR dan guru-guru SMK. Undang Rembau. Majlis ini telah mendapat sumbangan daripada Dato' Ahmad Apandi b Johan dan Dato' Bahar b Ahmad, Mereka merupakan bekas pelajar URESS yang telah berjaya. Tetamu jemputan ialah YB Saifulbahri (Adun Chembong), Datin Hjh Naemah (PPD Rembau), En. Azali b Hashim (Pen. PPD Rembau), Dato' Bahar b Ahmad dan isteri serta Dato' Ahmad Apandi b Johan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato' atas sumbangan yang telah diberi.
Tahniah kepada mereka yang telah dinobatkan sebagai Icon Sekolah Tahun 2010:
1. Siti Nur Illyani bt Nozili - Tokoh Pelajar Icon PMR 2010
2. Pn. Asiah bt Bujang - Tokoh Guru Icon PMR 2010
3. Pn. Rozita bt Abas - Tokoh Kaunselor Icon 2010
4. Pn. Khoo Swee Lan - Tokoh Guru Kanan Mata Pelajaran Icon 2010
Semoga penghargaan ini akan meningkatkan lagi motivasi untuk terus berjaya, cemerlang dan gemilang.....
Posted by ROZITA at 4:32 PM 0 comments
Labels: Program UBK
Saturday, July 10, 2010
Program Anjakan Pelajar Rabbani SMKUR 2010
Pada 8 - 9 Julai 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Panitia Pendidikan Agama Islam sekolah telah mengadakan program Anjakan Pelajar Rabbani di Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Sepri Pedas. Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Datin Hjh. Azimah bt Alis, Pengetua Cemerlang SMK. Undang Rembau. Seramai 40 orang pelajar lelaki tingkatan 1,2 dan 4 telah terlibat. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran diri dan potensi pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah diri dan menjadi harapan keluarga, masyarakat dan negara. Semoga program ini dapat mencapai objektif yang diharapkan...
Posted by ROZITA at 5:24 AM 0 comments
Labels: Program UBK

