? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, December 27, 2009

Konvensyen Guru Kaunseling Kebangsaan 2009




Kenangan di Hotel Gold Course, Kelang kerana terlibat sebagai perwakilan Majlis Guru Kaunseling N.Sembilan ke Konvensyen Guru Kaunseling Peringkat Kebangsaan pada bulan Jun 2009.. Sangat menarik dan banyak input yang diperolehi. Melalui konvensyen ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kaunseling untuk diaplikasikan di sekolah demi anak didik yang tercinta. Bertemu dengan ramai rakan-rakan kaunselor dari seluruh Malaysia.

Friday, December 4, 2009

Kursus Perkhidmatan B&K dan Perjumpaan Guru-Guru Kaunseling Cemerlang Peringkat N.Sembilan 2009



Pada 1 - 3 Dis. 2009 Unit Hem, JPNS telah mengadakan kursus untuk guru-guru kaunseling sek. men NS di Ayer Keroh d'Village Melaka. Tujuan kami berkumpul adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran kami sebagai seorang guru kaunseling di sekolah. Pelbagai input telah disampaikan termasuk tentang pengurusan & pentadbiran , ilmu kaunseling dan perjumpaan kali pertama guru-guru kaunseling N.Sembilan.

Tahniah diucapkan kepada Peg. Kaunseling Unit Hem JPNS , En. Mohd. Mulub b Yusof di atas inisiatif yang telah dilakukan. Semoga mutu perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling semakin cemerlang lagi berkesan.....

Friday, November 20, 2009

Majlis Redha Ilmu Pelajar Tingkatan 5/ 2009





Pada 11 Nov 2009, jam 7.30 pagi dan bertempat di dataran perhimpunan sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu majlis redha ilmu (Program Restu) untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi Peperiksaan SPM bermula pada 18 Nov 2009. Tujuan majlis ini untuk memberi peluang kepada semua pelajar tingkatan 5 memohon restu dan memperolehi keredhaan ilmu daripada guru-guru serta memohon maaf atas kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini. Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi dan kemaafan yang dipinta memperolehi keberkatan daripada Allah SWT dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM tahun 2009. Insya Allah........

Saturday, October 24, 2009

Hari Keluarga SMKUR 2009


Nyanyian karaoke oleh cikgu Shahidan

Sarapan sambil berbual-bual mesra

Penyampaian cenderamata

Hasil model yang telah dihias oleh ahli keluarga
Pakej keluarga: Menghias model
Tiup belon paling besar....

Semakin jauh semakin sayang...

Memakan buah lai sehingga habis....

Isi air dalam botol..

Wah... khusyuknya adik-adik mewarna...

Rebut gula-gula tu dik.... siapa banyak dia menang...

Aktiviti : Cabutan nombor bertuah

Aktiviti : Guru membuat pendaftaran

Guru dan ahli keluarga menjamu selera



Pada 23 - 24 Oktober 2009, SMK Undang Rembau telah mengadakan program Hari Keluarga Bahagia di Rumah Peranginan Kerajaan N.Sembilan Port Dickson. Program ini dikendalikan oleh Kelab Guru dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Program yang begitu meriah walaupun penglibatan guru kurang memuaskan.

Program sebegini seharusnya dilakukan pada setiap tahun bagi merapatkan lagi hubungan antara rakan sekerja serta ahli keluarga. Hubungan kemesraan dan ikatan tali silaturrrahim akan bercambah melalui program seumpama ini. Selain itu ianya dapat mengurangkan stress bekerja dan bebanan tugas yang banyak.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti jamuan makan malam (makanan seafood), karaoke, cabutan nombor bertuah dan acara sukaneka bagi kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kenangan manis yang dilalui oleh semua guru yang terlibat sudah pasti akan tersemat dihati dan sanubari masing-masing dan sukar untuk diucapkan kepada orang lain kecuali dengan cara melalui sendiri kenangan manis itu. Buat guru-guru SMKUR...... komitmen tuan-tuan dan puan-puan amat diperlukan demi kejayaan organisasi sekolah.