? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 2, 2010

Hari Anugerah Tokoh PRS 2010













Pada 22 Sept 2010 - UBK SMKUR telah mengadakan Hari Anugerah Tokoh PRS 2010 di King's Hotel, Ayer Keroh Melaka. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada ahli PRS yang layak agar ianya dapat meningkatkan motivasi diri. Terdapat 10 kategori Anugerah dan PRS yang berjaya adalah seperti berikut:

1. Kekemasan - Mohd. Zahideen Mohd. Diah (5 Zrh)

2. Kepimpinan - Ahmad Aiman Aissamuddin (5 Zrh)

3. Proaktif - Nur Amanina bt Ahmad SLP (5 Ut)

4. Aktif - Alvin Soo Chun Kit (4 Ut)

5. Up To Date - Ibnatun Nabilah (3 PL)
6. Ceria - Nur nazahah Awang (4 Ur)

7. Popular - Qaidatul Syazwanie (3 PL)

8. Disiplin - Muhamad b Maarop (4 Ut)

9. Cool - Mohd. Yusry (4 Zrh)

10. Sporting - Mohd. Zaim Rozi (4 Zrh)
11. Anugerah Khas - Mohd. Zahideen dan Nor Amanina bt Ahmad SLP

Majlis anugerah telah dirasmi oleh Datin Hjh. Azimah bt Alis, Pengetua cemerlang SMKUR dan turut hadir Pn. Nor Asikin bt Yahya (GPK Hem). Majlis bermula jam 3.00 ptg dan tamat jam 6.00 petang.

Friday, September 17, 2010

Jamuan Makan-Makan Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2010









Pada 17 Sept 2010, Jumaat - Staf pejabat SMKUR telah mengadakan jamuan makan-makan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Cafe sekolah bermula jam 9.00 pagi - 12 tengahari. Ketua chef, Pn. Aziah telah menyediakan masakan Ala Thailand. Menu yang disediakan ialah tomyam, ikan siakap 3 rasa, ikan patin tempoyak, telur bungkus dan sambal belacan. Menu lain ialah mee kari dan kuih-muih raya. Tetamu jemputan dari PPD Rembau yang turut hadir ialah En. Rajab, En. Mohd. Rozi, En. Asnizar dan Pn. Sabariah. Manakala tetamu jemputan di kalangan guru pula ialah Datin Hjh. Azimah (Pengetua Cemerlang), Pn. Nor Asikin (GPK Hem) dan Pn. Rozita (Kaunselor).

Sunday, August 1, 2010

Lawatan Penanda Aras Oleh Guru-guru dari SMK Jelai Felda, Gemas.

Pada 27 Julai 2010 - Seramai 13 orang guru termasuk En. Omar, pengetua SMK Jelai Felda (Gemas) telah membuat lawatan Penanda Aras di SMK. Undang Rembau. Rombongan mereka sampai pada jam 11.30 pagi sehingga jam 1.30 petang. Lokasi lawatan ialah Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bengkel MPV, Bengkel Formula 1 dan Bilik dokumentasi. Pada akhir lawatan mereka di bawa ke rumah Datin Hjh. Azimah, pengetua cemerlang untuk menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan...









Saturday, July 10, 2010

Program Anjakan Pelajar Rabbani SMKUR 2010

Pada 8 - 9 Julai 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Panitia Pendidikan Agama Islam sekolah telah mengadakan program Anjakan Pelajar Rabbani di Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Sepri Pedas. Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Datin Hjh. Azimah bt Alis, Pengetua Cemerlang SMK. Undang Rembau. Seramai 40 orang pelajar lelaki tingkatan 1,2 dan 4 telah terlibat. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran diri dan potensi pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah diri dan menjadi harapan keluarga, masyarakat dan negara. Semoga program ini dapat mencapai objektif yang diharapkan...