Pada 18 hb Feb 2011, Majlis persaraan Pn. Hjh. Noraini telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Sekolah telah kehilangan seorang kaunselor yang sangat berdedikasi dan penuh rasa tanggungjawab terhadap tugas. Beliau telah menamatkan tugas beliau ketika berusia 56 tahun dan telah berkhidmat selama 34 tahun. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas jasa yang telah dicurahkan selama bertugas di SMK. Undang Rembau. Semoga kehidupan lebih bermakna dan bahagia...... "SELAMAT BERSARA, PN. NORAINI, JASAMU DIKENANG"
Showing posts with label Program Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Program Sekolah. Show all posts
Tuesday, February 22, 2011
Majlis Persaraan Pn. Hjh. Noraini Mohd. Talib - Kaunselor SMKUR
Posted by ROZITA at 3:42 AM 0 comments
Labels: Program Sekolah
Sunday, February 20, 2011
Majlis Persaraan Pn. Khirulbariah bt Ayub
Pada 14 hb Feb 2011, satu majlis persaraan telah diadakan buat seorang guru yang telah banyak berjasa di SMKUR. Guru yang diraikan itu ialah Pn. Khirulbariah bt Ayub. Beliau telah berkhidmat sebagai pendidik selama 31 tahun. Seorang guru yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab. JASA MU TETAP DIKENANG - SEMOGA KEHIDUPAN LEBIH TENANG DAN DAMAI bersama-sama keluarga tercinta.....
Posted by ROZITA at 6:51 AM 0 comments
Labels: Program Sekolah
Friday, September 17, 2010
Jamuan Makan-Makan Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2010
Pada 17 Sept 2010, Jumaat - Staf pejabat SMKUR telah mengadakan jamuan makan-makan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Cafe sekolah bermula jam 9.00 pagi - 12 tengahari. Ketua chef, Pn. Aziah telah menyediakan masakan Ala Thailand. Menu yang disediakan ialah tomyam, ikan siakap 3 rasa, ikan patin tempoyak, telur bungkus dan sambal belacan. Menu lain ialah mee kari dan kuih-muih raya. Tetamu jemputan dari PPD Rembau yang turut hadir ialah En. Rajab, En. Mohd. Rozi, En. Asnizar dan Pn. Sabariah. Manakala tetamu jemputan di kalangan guru pula ialah Datin Hjh. Azimah (Pengetua Cemerlang), Pn. Nor Asikin (GPK Hem) dan Pn. Rozita (Kaunselor).
Posted by ROZITA at 10:42 PM 0 comments
Labels: Program Sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)

