? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
Showing posts with label About Me. Show all posts
Showing posts with label About Me. Show all posts

Friday, September 25, 2009

Senario Menyambut Kemeriahan Hari Raya Aidil Fitri



Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Buat Semua Pembaca Blog

Thursday, July 9, 2009

Penganugerahan Yang Diterima Atas Izin Allah....


1. Anugerah Bilik Bimbingan & Kaunseling Terbilang Daerah Rembau (JOHAN) - 2001
2. Anugerah Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Terbilang Peringkat N.Sembilan
(KEDUA) - 2002
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - 2003
4. Anugerah Perkhidmatan Kaunseling Terbilang Peringkat N.Sembilan (JOHAN) - 2003
5. Tokoh PERASA (WANITA) JPNS - 2004
6. Anugerah Jurulatih Utama Guru Kaunseling Kebangsaan - 2005 – 2007
7. Guru Paling Proaktif sempena Sambutan Hari Guru SMKUR - 2007

8. Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang - 23 April 2009

Monday, July 6, 2009

Kenali Personaliti Saya


KATA KUNCI: PERINTIS

Anda adalah perintis. Secara semulajadi Anda mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Anda perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah Anda, Anda memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran Anda tidak pernah terhenti.


MENGIKUT BULAN: MAC

Berpersonaliti yang menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka kepada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orag lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu moody.

ULASAN SAYA

Personaliti diri saya ini diambil daripada ”Rahsia Birthday”. Ianya berdasarkan kepada tarikh lahir saya iaitu 27 Mac 1964. Saya mendapati penerangan tentang personaliti ini hampir 90% adalah benar mengenai personaliti diri saya.

Thursday, July 2, 2009

Tanggal 27 Mac 2009 yang tak dapat dilupakan.....






Pada 27 Mac 2009 adalah merupakan hari lahir saya yang ke 45 tahun. Sungguh saya tidak menduga apabila anak-anak PRS saya telah membuat satu kejutan pada hari itu. Pada pagi itu mereka telah datang beramai-ramai ke bilik kaunseling. Saya tertanya-tanya kenapa semua ahli PRS datang ke bilik kaunseling? sedangkan pada pagi itu P&P sedang berjalan? Lalu mereka berkata, tadi cikgu ada membuat pengumuman memanggil semua PRS datang ke bilik kaunseling. Saya sungguh terkejut.... setahu saya tak pernah pun saya membuat pengumuman memanggil semua PRS datang ke bilik kaunseling. Mereka mati-mati mengatakan saya ada membuat pengumuman. Saya pula rasa keliru... mungkin cikgu Noraini yang membuat pengumuman.. Tetapi semua PRS menafikan dan mengatakan saya yang membuat pengumuman dan memanggil mereka ke bilik kaunseling. Saya betul-betul pelik dan keliru.

Sementara saya berfikir dan tertanya-tanya... mereka membuat kejutan dengan menyediakan kek birthday sambil menyanyikan lagu "Happy Birthday" bersama-sama. Pada saat itu ... saya sungguh rasa terharu dan bercampur gembira kerana tidak sangka anak-anak murid PRS telah membuat satu kejutan untuk meraikan hari lahir saya. Pada saat itu... tanpa saya sedari airmata ini mengalir kerana tidak saya sangkakan bahawa anak-anak murid saya telah merancang untuk meraikan birthday saya. Pada saat itu... saya berkali-kali mengucapkan terima kasih atas inisiatif yang dilakukan oleh mereka. Kini saya sedar bahawa anak-anak murid PRS saya sangat menyayangi saya sepenuhnya.

Pada hari itu bukan saja saya diraikan dengan kek, makanan dan minuman ... malah saya juga telah diberi hadiah sebagai kenangan. Rupa-rupanya pada hari itu juga mereka merancang untuk meraikan hari perpisahan rakan mereka iaitu Mohd. Adli Hakim yang akan ke MRSM .

Saya juga sungguh bertuah kerana pada pagi jumaat itu... majlis sambutan hari lahir saya telah dipimpin bacaan doa oleh cikgu Ali Sharif (rakan kaunselor). Semoga atas doa yang dipohon, saya memperolehi keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat..... Amin.

Terima kasih anak-anak PRS ku semua. Kenangan manis ini tidak akan ku lupakan buat selama-lamanya.... I LOVE YOU ALL VERY MUCH





Saturday, June 27, 2009

Penglibatan Saya Dalam Aktiviti Masyarakat


1. Jurulatih Utama Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Negeri & Kebangsaan.
2. Penyelia Latihan Mengajar Praktikum Kaunseling PJJ (LMPK)
3. Bendahari Kehormat Majlis Guru Kaunseling N.Sembilan (MGKNS)
4. Naib Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Daerah Rembau
5. Tenaga Pengajar Sambilan (Tutor) Pengajian Jarak Jauh PPL – UPM
6. Tenaga Penggerak Biro Tatanegara (BTN) Cawangan N.Sembilan
7. Juru Audit Persatuan Bimbingan & Kaunseling Daerah Tampin Rembau
8. Ahli Jawatankuasa Persatuan Bimbingan & Kaunseling Daerah Tampin Rembau
9. Ahli Jawatankuasa KEMAS, Cawangan Kota, N.Sembilan
10.Penceramah Program-program Motivasi dan Kemahiran Belajar Pelajar
11.Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMK. Undang Rembau
12.Ahli Tetap Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Berhad (KGMMB)

Friday, June 26, 2009

Keluarga Saya


Inilah keluarga bahagia saya...

Yes.... Aku Berjaya!!!

Saya sungguh seronok hari ini kerana berjaya membina laman blog sendiri. Setelah aku mahir menggunakan blog ini, aku pasti akan memenuhi blog ku ini dengan kenangan-kenangan manis dan pahit kisah hidupku di dalam laman blog ini. Aku juga akan sentiasa berkongsi idea dengan rakan-rakanku di seluruh dunia. Segala ilmu yang ku perolehi akan ku kongsi bersama-sama dengan rakan-rakan dan mereka yang melayari laman blogku . Inilah ruang yang paling sesuai untuk ku luahkan hati dan perasaan dan berkongsi kejayaan.