? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, August 28, 2009

Hilangnya Seorang Pemimpin Yang Berjasa Lagi Berwibawa.......




Tn. Haji Rafiei b Hj. Mustapha.... pengetua cemerlang . Beliau telah berkhidmat di SMK. Undang Rembau bermula pada tahun 2007 dan kini telah mengakhiri tugas beliau pada 31 Julai 2009 kerana ditukarkan ke Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor bermula 01 Ogos 2009.

Pengetua cemerlang yang sangat aku kagumi. Kehadiran beliau di sekolah ini banyak memberi input-input baru kepada sekolah. Seorang individu yang kaya dengan ilmu dan idea. Seorang pengetua yang mudah dibawa berbincang. Seorang pengetua yang bersemangat tinggi dan tidak pernah mengenali erti putus asa. Harapannya terlalu tinggi untuk meningkatkan prestasi sekolah sama ada dari segi akademik, disiplin dan sahsiah warga SMKUR.

Seorang pengetua yang sangat memberi komitmen di dalam pelbagai aktiviti sekolah. Bukan sahaja memberi sokongan, malah melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Sepanjang aku berkhidmat di SMK. Undang Rembau, tidak pernah lagi ku lihat seorang pengetua yang sentiasa melibatkan diri di dalam semua aktiviti sekolah , khususnya aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kepercayaan dan sokongan penuh yang diberikan oleh beliau terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling sangat aku hargai.

Setiap kali idea yang dilontarkan adalah merupakan satu pembelajaran baru buat diriku. Walaupun tugasku bertambah, hasil dari cadangan dan lontaran idea yang diberikan, namun aku tidak pernah merasakan ianya terlalu membebankan. Bagi ku, inilah masanya untuk aku menimba pengetahuan dan meningkatkan kecekapanku sebagai seorang kaunselor. Aku berasa seronok dan puas di dalam menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor.

Kehilangan beliau, sangat dirasai oleh semua warga SMK. Undang Rembau. Demi untuk kerjaya dan masa depan, Sek. Men. Sains Ulu Selangor adalah tempat yang sesuai untuk beliau di dalam merealisasikan segala harapan dan visi seorang pengetua cemerlang.

Selamat bertugas di tempat baru....... Semoga memperolehi kejayaan yang CEMERLANG....

Tuesday, August 11, 2009

Hari Penganugerahan PRS SMKUR 2009










Pada 30 Julai 2009 UBK telah mengadakan Hari Penganugerahan PRS SMKUR di Putra Sayang Resort, Pengkalan Balak Melaka. Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kepimpinan dan tugas serta tanggungjawab PRS di sekolah yang selama ini banyak membantu pihak sekolah khususnya Unit Bimbingan dan Kaunseling di dalam menjayakan program-program sekolah dan membantu merealisasikan moto sekolah iaitu "Bersama Menjana Kecemerlangan".

Terdapat 10 kategori anugerah yang telah diwujudkan melalui undian . Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli PRS yang telah menerima anugerah pada tahun 2009 iaitu:
1. Nursyafiqah Ahmad Sandera Lela Putra - Proaktif
2. Connie Seleca a/p Sik Zahari - Popular
3. Nuramanina Ahmad Sandera Lela Putra -
4. Alvin Khoo Soo Chin- Berdisiplin
5. Zulaikha Abd. Rahman - Setia
6. Mohd. Yusry - Macho
7. Nurul Shamimi adirah - Cun
8. Nur A'nissa - Happy Go Lucky
9. Alif Haziq - Bersemangat
10. Mohamad Aiman Nordin - Anugerah Khas PRS

Semoga penganugerahan ini akan memberi motivasi kepada semua PRS agar dapat menunjukkan semangat kerjasama dan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada tahun 2010.

Selain majlis anugerah PRS, beberapa aktiviti diadakan pada hari tersebut iaitu pertandingan lakonan, nyanyian dan tarian. Setiap ahli PRS dikehendaki menunjukkan bakat menerusi aktiviti yang dipertandingkan. Wah... nampaknya semua PRS telah menunjukkan bakat masing-masing. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri PRS di samping memeriahkan majlis hari anugerah PRS tersebut.

Semua PRS telah dijamu dengan makanan 'seafood' seperti udang goreng bertepung, sotong goreng bertepung, ayam panggang , ikan siakap bakar dan nasi lemak. Seronok betul PRS dijamu dengan makanan yang enak-enak. Kalau tahun depan nak makan lebih istimewa, rajin-rajin lah kumpul dana PRS ya....

PRS Kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah







Pada 2 - 5 Ogos 2009 saya telah diamanahkan oleh pihak JPNS untuk menyelia dan membimbing ahli PRS N.S di Perhimpunan PRS Kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 12 orang ahli PRS telah mewakili N.S ke perhimpunan tersebut. Salah seorang PRS dari SMKUR telah terpilih ke perhimpunan tersebut iaitu Ahmad Aiman Assamudin b Razli dari Tingkatan 4 Zuhrah.

Pengalaman yang dilalui oleh ahli-ahli PRS yang terpilih sangat berharga dan segala input yang diperolehi di sana akan dapat dikongsikan kepada ahli-ahli PRS di sekolah. Manakala guru-guru pengiring pula dibawa melawat sekitar Kota Kinabalu, Sabah seperti Maktab Gaya, Maktab Yayasan Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan Pasar Philipine.

Mutiara sungguh banyak dan murah.... cuma sayang duit tak mencukupi . Kalau boleh semua mutiara yang ada kat sana nak dibawa balik. Pengalaman indah ini sangat berharga dan saya bersyukur kerana terpilih dalam menyertai perhimpunan ini..... Jauh perjalanan, luas pengalaman , penuh pengetahuan dan dimanfaatkan kepada para pelajar serta rakan-rakan.