? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 11, 2009

Hari Penganugerahan PRS SMKUR 2009










Pada 30 Julai 2009 UBK telah mengadakan Hari Penganugerahan PRS SMKUR di Putra Sayang Resort, Pengkalan Balak Melaka. Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kepimpinan dan tugas serta tanggungjawab PRS di sekolah yang selama ini banyak membantu pihak sekolah khususnya Unit Bimbingan dan Kaunseling di dalam menjayakan program-program sekolah dan membantu merealisasikan moto sekolah iaitu "Bersama Menjana Kecemerlangan".

Terdapat 10 kategori anugerah yang telah diwujudkan melalui undian . Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli PRS yang telah menerima anugerah pada tahun 2009 iaitu:
1. Nursyafiqah Ahmad Sandera Lela Putra - Proaktif
2. Connie Seleca a/p Sik Zahari - Popular
3. Nuramanina Ahmad Sandera Lela Putra -
4. Alvin Khoo Soo Chin- Berdisiplin
5. Zulaikha Abd. Rahman - Setia
6. Mohd. Yusry - Macho
7. Nurul Shamimi adirah - Cun
8. Nur A'nissa - Happy Go Lucky
9. Alif Haziq - Bersemangat
10. Mohamad Aiman Nordin - Anugerah Khas PRS

Semoga penganugerahan ini akan memberi motivasi kepada semua PRS agar dapat menunjukkan semangat kerjasama dan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada tahun 2010.

Selain majlis anugerah PRS, beberapa aktiviti diadakan pada hari tersebut iaitu pertandingan lakonan, nyanyian dan tarian. Setiap ahli PRS dikehendaki menunjukkan bakat menerusi aktiviti yang dipertandingkan. Wah... nampaknya semua PRS telah menunjukkan bakat masing-masing. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri PRS di samping memeriahkan majlis hari anugerah PRS tersebut.

Semua PRS telah dijamu dengan makanan 'seafood' seperti udang goreng bertepung, sotong goreng bertepung, ayam panggang , ikan siakap bakar dan nasi lemak. Seronok betul PRS dijamu dengan makanan yang enak-enak. Kalau tahun depan nak makan lebih istimewa, rajin-rajin lah kumpul dana PRS ya....

0 comments: