? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, March 26, 2010

PROGRAM KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN WARGA SMKUR 2010

25 Mac 2010 - UBK telah mengadakan Program Keselamatan & Kesejahteraan Warga SMKUR. Agensi luar yang memberi kerjasama di dalam program ini seperti Agensi Dadah Kebangsaan, JPJ, Jabatan Penerangan dan Jabatan Bomba. Aktiviti yang diadakan ialah pameran, latihan kebakaran, demonstrasi memadamkan api, ceramah keselamatan jalanraya, dan pemeriksaan kenderaan motosikal pelajar oleh pihak JPJ. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pencegahan dan keselamatan diri. Semoga program ini dapat membantu para pelajar menjadi insan yang berguna.... Terima kasih diucapkan kepada semua agensi luar yang telah membantu dan memberi kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah.













BENGKEL KECEMERLANGAN LONJAKAN SAUJANA PMR & SPM

Pada 15 - 18 Mac 2010 iaitu cuti pertengahan semester 1, UBK telah menyelaras satu bengkel kecemerlangan PMR dan SPM. Bengkel ini disasarkan kepada pelajar kategori sederhana. Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang sedia melibatkan diri di dalam bengkel ini. Mudah-mudahan keikhlasan di dalam mendidik anak bangsa akan menghasilkan satu kejayaan yang cemerlang.

Bengkel Kecemerlangan SPM - 5 Musytari





Bengkel Kelas 3 Eris & 3 Neptun





Tuesday, March 2, 2010

Lawatan Kerjaya dan Pendedahan Minda









Lokasi 1: Central Sugars Refinery Sdn. Bhd, Shah Alam. (SCR)
Masa: 11.00 - 2.00 petang

Seramai 40 orang pelajar elit ting. 3, 4 & 5 SMKUR telah melawat kilang gula SCR di Batu Tiga, Shah Alam. Guru-guru yang turut serta di dalam lawatan ini ialah Datin Hjh Azimah bt Alis (Pengetua Cemerlang), Pn. Nor Asikin bt Yahya (GPK HEM), Pn. Rozita Abas (Kaunselor), Cik Fadhilah Ibrahim (AJK Program) dan En. Shahidan (Guru MPV). Kilang gula SCR merupakan anak syarikat DRB Holdings di mana Dato' Bahar (Alumni Uress) adalah merupakan salah seorang Pemegang Saham di dalam syarikat gula tersebut.

Kami difahamkan kilang gula SCR merupakan salah satu kilang yang mengeluarkan gula terbesar di Malaysia. Menurut Dato' Bahar, syarikat gula mengeluarkan gula sebanyak 1.1 juta tan matriks gula setahun bagi menampung keperluan rakyat Malaysia. Harga gula di Malaysia adalah harga yang paling rendah berbanding dengan negara luar kerana mendapat bantuan dan subsidi daripada kerajaan Malaysia demi untuk kepentingan rakyat. Terima kasih Malaysia... kerana MALAYSIA BOLEH!











Lokasi 2: Yamaha Hicom Manufacturing Malaysia, Shah Alam.
Masa : 2.30 - 4.30 petang

Seramai 40 orang pelajar elit tingkatan 3,4 &5 SMKUR dan guru telah dibawa melawat ke Yamaha Hicom Manufacturing Malaysia di Shah Alam. Kilang ini merupakan kilang membuat enjin motosikal Yamaha. Pemegang sahamnya terdiri drp DRB HICOM - 45%, Hong Leong Motor - 35%, Tabung Haji 6% dan lain-lain. Kami dimaklumkan bahawa sebuah engin motosikal dapat disiapkan dalam tempoh masa tidak sampai 1 minit. Syarikat ini dapat mengeluarkan sebanyak 16,000 unit enjin motosikal Yamaha dalam masa 1 bulan. Dato' Bahar (Alumni Uress) merupakan salah seorang pemegang saham di dalam syarikat ini. Tahniah Dato'... kerana merupakan salah seorang bumiputera yang berjaya dan boleh dibanggakan....

Hasil lawatan daripada kedua-dua syarikat ini telah memberi banyak input dan pengalaman yang menarik serta meningkatkan motivasi serta semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha dan mengikut jejak langkah Dato'....