? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, March 2, 2010

Lawatan Kerjaya dan Pendedahan Minda









Lokasi 1: Central Sugars Refinery Sdn. Bhd, Shah Alam. (SCR)
Masa: 11.00 - 2.00 petang

Seramai 40 orang pelajar elit ting. 3, 4 & 5 SMKUR telah melawat kilang gula SCR di Batu Tiga, Shah Alam. Guru-guru yang turut serta di dalam lawatan ini ialah Datin Hjh Azimah bt Alis (Pengetua Cemerlang), Pn. Nor Asikin bt Yahya (GPK HEM), Pn. Rozita Abas (Kaunselor), Cik Fadhilah Ibrahim (AJK Program) dan En. Shahidan (Guru MPV). Kilang gula SCR merupakan anak syarikat DRB Holdings di mana Dato' Bahar (Alumni Uress) adalah merupakan salah seorang Pemegang Saham di dalam syarikat gula tersebut.

Kami difahamkan kilang gula SCR merupakan salah satu kilang yang mengeluarkan gula terbesar di Malaysia. Menurut Dato' Bahar, syarikat gula mengeluarkan gula sebanyak 1.1 juta tan matriks gula setahun bagi menampung keperluan rakyat Malaysia. Harga gula di Malaysia adalah harga yang paling rendah berbanding dengan negara luar kerana mendapat bantuan dan subsidi daripada kerajaan Malaysia demi untuk kepentingan rakyat. Terima kasih Malaysia... kerana MALAYSIA BOLEH!











Lokasi 2: Yamaha Hicom Manufacturing Malaysia, Shah Alam.
Masa : 2.30 - 4.30 petang

Seramai 40 orang pelajar elit tingkatan 3,4 &5 SMKUR dan guru telah dibawa melawat ke Yamaha Hicom Manufacturing Malaysia di Shah Alam. Kilang ini merupakan kilang membuat enjin motosikal Yamaha. Pemegang sahamnya terdiri drp DRB HICOM - 45%, Hong Leong Motor - 35%, Tabung Haji 6% dan lain-lain. Kami dimaklumkan bahawa sebuah engin motosikal dapat disiapkan dalam tempoh masa tidak sampai 1 minit. Syarikat ini dapat mengeluarkan sebanyak 16,000 unit enjin motosikal Yamaha dalam masa 1 bulan. Dato' Bahar (Alumni Uress) merupakan salah seorang pemegang saham di dalam syarikat ini. Tahniah Dato'... kerana merupakan salah seorang bumiputera yang berjaya dan boleh dibanggakan....

Hasil lawatan daripada kedua-dua syarikat ini telah memberi banyak input dan pengalaman yang menarik serta meningkatkan motivasi serta semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha dan mengikut jejak langkah Dato'....




0 comments: