? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, July 2, 2009

Tanggal 27 Mac 2009 yang tak dapat dilupakan.....






Pada 27 Mac 2009 adalah merupakan hari lahir saya yang ke 45 tahun. Sungguh saya tidak menduga apabila anak-anak PRS saya telah membuat satu kejutan pada hari itu. Pada pagi itu mereka telah datang beramai-ramai ke bilik kaunseling. Saya tertanya-tanya kenapa semua ahli PRS datang ke bilik kaunseling? sedangkan pada pagi itu P&P sedang berjalan? Lalu mereka berkata, tadi cikgu ada membuat pengumuman memanggil semua PRS datang ke bilik kaunseling. Saya sungguh terkejut.... setahu saya tak pernah pun saya membuat pengumuman memanggil semua PRS datang ke bilik kaunseling. Mereka mati-mati mengatakan saya ada membuat pengumuman. Saya pula rasa keliru... mungkin cikgu Noraini yang membuat pengumuman.. Tetapi semua PRS menafikan dan mengatakan saya yang membuat pengumuman dan memanggil mereka ke bilik kaunseling. Saya betul-betul pelik dan keliru.

Sementara saya berfikir dan tertanya-tanya... mereka membuat kejutan dengan menyediakan kek birthday sambil menyanyikan lagu "Happy Birthday" bersama-sama. Pada saat itu ... saya sungguh rasa terharu dan bercampur gembira kerana tidak sangka anak-anak murid PRS telah membuat satu kejutan untuk meraikan hari lahir saya. Pada saat itu... tanpa saya sedari airmata ini mengalir kerana tidak saya sangkakan bahawa anak-anak murid saya telah merancang untuk meraikan birthday saya. Pada saat itu... saya berkali-kali mengucapkan terima kasih atas inisiatif yang dilakukan oleh mereka. Kini saya sedar bahawa anak-anak murid PRS saya sangat menyayangi saya sepenuhnya.

Pada hari itu bukan saja saya diraikan dengan kek, makanan dan minuman ... malah saya juga telah diberi hadiah sebagai kenangan. Rupa-rupanya pada hari itu juga mereka merancang untuk meraikan hari perpisahan rakan mereka iaitu Mohd. Adli Hakim yang akan ke MRSM .

Saya juga sungguh bertuah kerana pada pagi jumaat itu... majlis sambutan hari lahir saya telah dipimpin bacaan doa oleh cikgu Ali Sharif (rakan kaunselor). Semoga atas doa yang dipohon, saya memperolehi keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat..... Amin.

Terima kasih anak-anak PRS ku semua. Kenangan manis ini tidak akan ku lupakan buat selama-lamanya.... I LOVE YOU ALL VERY MUCH





0 comments: