? ??????????????Brown Leaves? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??4 Grabs Today. 1322 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is Dandy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??4 Grabs Today. 1443 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy I BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, July 6, 2009

Kenali Personaliti Saya


KATA KUNCI: PERINTIS

Anda adalah perintis. Secara semulajadi Anda mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Anda perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah Anda, Anda memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran Anda tidak pernah terhenti.


MENGIKUT BULAN: MAC

Berpersonaliti yang menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka kepada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orag lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu moody.

ULASAN SAYA

Personaliti diri saya ini diambil daripada ”Rahsia Birthday”. Ianya berdasarkan kepada tarikh lahir saya iaitu 27 Mac 1964. Saya mendapati penerangan tentang personaliti ini hampir 90% adalah benar mengenai personaliti diri saya.

0 comments: